18:55 -
Dien George Nasa & Nazri
No comments
5 TEMPAT PALING BERHANTU DI MALAYSIA
Berikut adalah 5 tempat yang dipercayai berhantu di Malaysia. Ramai percaya bahawa terdapat banyak lagi tempat seperti itu di dalam negara kita.
Pada 11 Mac 1993, bertempat di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor
1. HIGHLAND TOWER
Pada 11 Mac 1993, bertempat di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor
, salah satu blok Highland Tower runtuh. Seramai 48 orang menjadi
mangsa korban. Berikutan kejadian tersebut, 2 lagi blok dikosongkan
sejurus sahaja selepas kejadian. Terdapat sumber yang mengatakan
bahawa jumlah mangsa lebih daripada 48 orang yang tersenarai di Wikipedia manakala mangsa yang selebihnya, terus terkubur di
tapak itu. Mungkin, atas sebab itulah tempat ini "berhantu".
Pernah juga Ceciter Misteri mendengar pengalaman dari
pemandu teksi yang menghantar penumpang di daerah ini
namun apabila sampai di lokasi yang dituju, "penumpang yang
kebiasaannya duduk di tempat duduk belakang akan ghaib!!
Nama Mona Fandey atau Maznah Ismail agak popular pada awal 90-an
2.BANGLO MONA FANDEY
Nama Mona Fandey atau Maznah Ismail agak popular pada awal 90-an
kerana kes bunuh ahli politik, Mazlan Idris. Mayat Mazlan Idris ditemui
tertanam di dalam sebuah bilik/stor berdekatan dengan banglo ini yang
terletak di Pahang. Mona merupakan seorang penyanyi pop dan
dipercayai mengamal ilmu batin. Pada tahun 2001, Mona dan
2 lagi orang dijatuhi hukuman gantung dan hukuman tersebut
dilaksanakan pada 2 November 2001 di Penjara Kajang.
Kemayan City Mall. Hmm.... Nama juga sudah mendatangkan
Mona Fandey dan suami serta pembantu mereka |
3. KEMAYAN CITY
Kemayan City Mall. Hmm.... Nama juga sudah mendatangkan
perasaan seram. Terletak di daerah Johor Bahru, bersebelahan
dengan Jalan Skudai. Tidak banyak yang kami dapat selongkar
tentang latar belakang bangunan ini namun, apa yang selalu kami
dengar, 'mangsa' bangunan ini selalunya warga Singapura.
Benarkah? Berikut adalah kisah yang biasa diceritakan.
Sebuah keluarga yang berasal dari Singapura menghadiri
Sebuah keluarga yang berasal dari Singapura menghadiri
kenduri saudara mereka di Johor. Sewaktu pulang dari kenduri
pada lewat malam, mereka terlihat sebuah pusat membeli-belah
yang terang bercahaya dan kelihatan meriah. Mereka mengambil keputusan
untuk masuk ke dalam bangunan itu dan bershopping sakan.
Selesai membeli-belah semahunya, mereka segera pulang ke
Singapura memandangkan hari semakin lewat. Sampai sahaja di rumah,
alangkah terkejutnya mereka apabila barang-barang yang diletakkan di
dalam but ghaib dan duit 'baki' yang diberi jurujual tidak lagi berada di
dalam poket. Yang ada hanyalah dedaun kering. Keesokannya siang,
mereka pergi bangunan itu sekali lagi dan mendapati bahawa
bangunan itu sememangnya kosong.
Tidak lengkap sebuah artikel seram itu jika tidak dikaitkan dengan
4. LEBUHRAYA KARAK
Tidak lengkap sebuah artikel seram itu jika tidak dikaitkan dengan
Lebuhraya Karak yang dipercayai penuh dengan misteri.
Lebuhraya tersebut juga menghubungkan Kuala Lumpur dengan
Pahang. Siapa yang tidak pernah dengar akan
kisah Volkswagen Kuning ataupun Iswara putih.
Sudah berapa banyak kemalangan yang berlaku di kawasan terowong
Ianya terletak berdekatan dengan Bukit Serene, berhampiran
Straits View Hotel dan menghala Dataran Johor Bahru.
Kami mendapat 4 versi kisah banglo ini dari dalam laman web namun
, tiada satu pun yang dapat mengesahkan kisah sebenar dibelakang
misteri banglo ini
Versi 1
Sebuah keluarga yang kaya dikurniakan seorang anak perempuan
Versi 1
Sebuah keluarga yang kaya dikurniakan seorang anak perempuan
yang bernama Nabilla. Oleh kerana terlalu menyayangi anak itu,
mereka menamakan rumah tersebut dengan Villa Nabilla. Suatu hari
, rumah mereka dirompak oleh sekumpulan penjenayah yang
kemudiannya membunuh kesemua penghuni manakala mayat
anak perempuan itu disimen di dalam dinding/lantai rumah tersebut.
Misteri terungkai apabila mereka yang diganggu meminta pertolongan
dari 'orang bijak pandai' yang berjaya mengeluarkan mayat Nabilla.
Kejadian yang berlaku dipercayai bersangkut paut dengan dendam dan
iri hati ibu tiri Nabilla.
Versi 2
Keluarga Nabilla adalah golongan berada dan mereka hidup dalam
Versi 2
Keluarga Nabilla adalah golongan berada dan mereka hidup dalam
keadaan harmoni. Tanpa diketahui sebab musababnya, suatu
hari bapa Nabilla mengamuk dan menembak semua orang di
dalam banglo tersebut dan kemudian membunuh dirinya sendiri.
Versi 3
Keluarga Nabilla telah dirompak dan Nabilla telah dirogol dan dibunuh
Versi 3
Keluarga Nabilla telah dirompak dan Nabilla telah dirogol dan dibunuh
dengan kejam. Mayatnya ditanam di dinding rumah tersebut.
Versi 4
Ada sekeluarga yang bahagia tinggal di villa itu. Keluarga itu
Versi 4
Ada sekeluarga yang bahagia tinggal di villa itu. Keluarga itu
dianugerahkan pewaris kekayaan dan dialah si jantung hati kepada
kedua orang tuanya.
Nabilla nama diberi. Tidak diketahui latar belakang keluarga itu.
Nabilla nama diberi. Tidak diketahui latar belakang keluarga itu.
Nabilla telah di bunuh dengan kejam oleh amah di rumah itu.
Mayatnya di simenkan di dinding rumah tersebut. Menurut cerita saksi
yang pernah masuk ke dalam rumah itu, terdapat sebuah kolam renang
dan segala perabot masih ada serta dalam keadaan baik.
Terdapat juga gambar-gambar Nabilla di atas meja ruang tamu.
0 comments:
Post a Comment